Wednesday, October 6, 2010

Tugasan

Tajuk                : ____________________________________

Penilaian          : 5%

Tarikh hantar   : selewat-lewatnya last posting pada 11/10/2010 (Isnin)

Objektif            : Untuk menjelaskan dengan terperinci elemen dalam E-Perdagangan


Dokumentasi    : hendaklah meliputi ;

1.     Jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan di bawah hendaklah dipostkan di blog masing-masing
2.      Penggunaan bahasa : Bahasa Melayu
3.     Tugasan mestilah menggunakan ayat sendiri dan kemas.

Soalan-Soalan

1.   Berikan maksud elemen tersebut. (Huraikan dalam 1 satu perenggan)
2.   Fungsi bagi elemen tersebut. (Berikan sekurang-kurangnya 5 fungsi)
3.   Contoh-contoh aplikasi elemen tersebut. (Berikan sekurang-kurangnya 3 aplikasi beserta huraian/gambar – jika ada)
4.   Kebaikan elemen tersebut. (Berikan sekurang-kurangnya 5 kebaikan)
5.   Kelemahan elemen tersebut. (Berikan sekurang-kurangnya 5 kelemahan)
6.   Rujukan - laman web rujukan yang anda lawati.

Tajuk-Tajuk
1 Internet Azirah
2 Extranet Hafizah
3 Intranet Helwa
4 E-banking Hisham
5 E-book Izwan
6 E-wallet Khairul
7 Smart Card Rosta
8 Edutainment Syahbul
9 Click & mortar organization Narnieh
10 Pasaran kerja elektronik Azila
11 E-mail Saidatul Akma
12 Mobile Phone Sheera
13 Biling Online Atikah
14 Catalog Online Syahida
15 Shopping Online Rajifah

Thursday, September 23, 2010

Soalan Ulangkaji Ujian

Assalamualaikum semua pelajar E-Commerce semester ini.

Saya postkan soalan ulangkaji bagi para pelajar sekalian.

Soalan Ulangkaji SIM 2208 Ujian

1.Apakah maksud hit & visit dalam istilah pengiklanan web

2.Senaraikan 5 sebab mengapa syarikat-syarikat mengiklan menerusi internet.

3.Bezakan di antara pop-up ad dan pop-under ad

4.Terangkan pembayaran bil online menggunakan e-banking

5.Terangkan apakah kad membeli-belah elektronik

6.Berikan empat kelebihan katalog online.

7.Terangkan ‘dynamic pricing’ mengikut pemahaman kamu. Penerangan kamu mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua contoh ‘dynamic pricing’.

8.Bincangkan kekangan lelongan tradisional   kesan –kesan e-auction kepada barangan   pengguna.

9.Nyatakan sekurang-kurangnya 6 perkhidmatan yang diberikan oleh sistem e-banking kepada pelanggan.

Sunday, August 15, 2010

~ Selamat Maju Jaya ~ Ujian 1 SIM 2208 ~

Assalamualaikum...

Pada minggu ini para pelajar DSK 5 akan menduduki Ujian 1 bagi subjek-subjek yang diambil semester ini. Didoakan semoga Ujian 1 ini berjalan lancar dan para pelajar dapat menjawab dengan penuh keyakinan.

Bagi subjek e-perdagangan, diharapkan para pelajar telah pun membuat ulangkaji soalan-soalan yang saya berikan pada minggu lepas. Selamat Maju Jaya diucapkan. Kita berjumpa pada sesi kuliah pada minggu hadapan.InsyaALLAH.

Thursday, August 12, 2010

Tugasan Amali 1




Tarikh : 12 Ogos 2010 - k
Tugasan Amali pada hari ini

Thursday, July 29, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah, sesi lab SIM 2208 E-Commerce petang tadi berjalan agak baik walaupun terdapat sedikit kesulitan.

Saya pun telah sempat mencipta blog khas untuk subjek ini (Ini kali pertama saya menggunakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk subjek ini). Blog ini dicipta bagi membantu & guide para pelajar DSK5 semester ini dalam membuat tugasan/projek dalam subjek e-commerce ini. Diharapkan agar blog ini dapat memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran subjek SIM 2008 saya pada semester ini, insyaALLAH..

******************************************************************************************************************
Untuk para pelajar SIM 2208, tugasan yang saya berikan (antara 29-31 Julai 2010) adalah

* membuat posting 'Welcome Page'/ 'Selamat Datang' mengikut kreativiti masing-masing
* mengemaskini template( jika inginkan template yang lain)

Terdapat beberapa peringatan kepada para pelajar :

++ Blog yang dicipta khas untuk pembelajaran SIM 2008 bagi sesi 1 2010/2011 sahaja, sebarang penyalahgunaan adalah dilarang sama sekali

++ Pastikan ayat-ayat komen anda adalah berkaitan dengan tugasan , boleh memberi cadangan dalam penambahbaikan

Berikut blog yang telah berjaya dicipta


Setakat itu sahaja pada kali ini, pastikan para pelajar sentiasa menyemak blog ini untuk tugasan/makluman seterusnya. Selamat menjalani subjek ini dengan penuh semangat, komitmen dan berdaya saing dalam memajukan kan diri para pelajar sekalian.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.