Assalamualaikum.
Syukur alhamdulillah, sesi lab SIM 2208 E-Commerce petang tadi berjalan agak baik walaupun terdapat sedikit kesulitan.
Saya pun telah sempat mencipta blog khas untuk subjek ini (Ini kali pertama saya menggunakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk subjek ini). Blog ini dicipta bagi membantu & guide para pelajar DSK5 semester ini dalam membuat tugasan/projek dalam subjek e-commerce ini. Diharapkan agar blog ini dapat memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran subjek SIM 2008 saya pada semester ini, insyaALLAH..
******************************************************************************************************************
Untuk para pelajar SIM 2208, tugasan yang saya berikan (antara 29-31 Julai 2010) adalah
* membuat posting 'Welcome Page'/ 'Selamat Datang' mengikut kreativiti masing-masing
* mengemaskini template( jika inginkan template yang lain)
Terdapat beberapa peringatan kepada para pelajar :
++ Blog yang dicipta khas untuk pembelajaran SIM 2008 bagi sesi 1 2010/2011 sahaja, sebarang penyalahgunaan adalah dilarang sama sekali
++ Pastikan ayat-ayat komen anda adalah berkaitan dengan tugasan , boleh memberi cadangan dalam penambahbaikan
Berikut blog yang telah berjaya dicipta
- http://akosham-akosham.blogspot.com/
- http://panglimabesi89.blogspot.com/
- http://helwaomar.blogspot.com/
- http://rajifah3313.blogspot.com
- http://saidatul3313.blogspot.com
- http://rostaktb.blogspot.com
- http://qatrunnada11.blogspot.com
- http://wanktb.blogspot.com
- http://nursyahida88.blogspot.com
- http://ielaazila.blogspot.com
- http://narnieh.blogspot.com
Setakat itu sahaja pada kali ini, pastikan para pelajar sentiasa menyemak blog ini untuk tugasan/makluman seterusnya. Selamat menjalani subjek ini dengan penuh semangat, komitmen dan berdaya saing dalam memajukan kan diri para pelajar sekalian.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment